Thursday 14 March 2013

SISTEM BINTANG


Sistem bintang

Penggunaan bintang sebagai satu alat pengukuhan secara simbolik

Cara pelaksanaan

1.    Guru menjelaskan dahulu kepada pelajar tentang tajuk pelajaran dan aktiviti yang akan dilakukan
2.   Guru membahagikan para pelajar dalam bentuk kumpulan
3.   Setiap jawapan yang betul, murid tersebut akan menerima bintang
4.   Guru akak melekatkan bintang pada baju pelajar
5.   Pada akhir pembelajaran, para pelajar boleh menebus bintang dengan coklat. Setiap bintang mewakili dua biji coklat

Kesan

1.    Berlakunya persaingan sihat antara murid-murid
2.   Semua murid akan menjadi aktif untuk mendapatkan bintang dan mewakili kumpulan masing-masing
3.   Pelajar akan memberikan perhatian ketika sesi penerangan guru
4.   Guru mudah untuk mengawal kelas

TEKNIK LAKONAN


Lakonan

Penerangan sesuatu isi pelajaran melalui lakonan para pelajar menggunakan skrip yang telah disediakan
                           
Cara pelaksanaan

1.    Guru membuat skrip berdasarkan isi pelajaran yang ingin disampaikan
2.   Guru memilih beberapa orang pelajar mengikut watak yang ada
3.   Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai situasi dan jalan cerita
4.   Ketika lakonan, guru meminta kepada murid-murid lain untuk melihat dengan teliti kerana terdapat soalan yang akan ditanya pada akhir sesi lakonan
5.   Jika ada murid yang tidak dapat menjawab, murid tersebut akan melakonkan kembali lakonan tersebut
6.   Proses ini di ulang beberapa kali.

Kesan

1.    Menambah keyakinan pada diri murid-murid
2.   Murid-murid akan memberi perhatian dengan lakonan rakan-rakan
3.   Murid lebih faham dengan penerangan melalui gerak fizikal dan mudah   
diingati
4.   Menggalakkan interaksi antara murid dengan guru dan murid dengan murid

Sistem Mata Dimerit



Maksud Dimerit : 



Tanda terhadap seseorang untuk kesalahan atau kegagalan biasanya diberikan di sekolah atau angkatan bersenjata ( thefreedictionary.com)

Cara Pelaksanaan :



1-    Markah diberi 100
2-   Guru memaparkan mata di hadapan

3-   Tingkah laku yang tidak diingini à potong mata kumpulan

4-   Kumpulan yang dapat jawab soalan dan buat apa yang di suruh à dapat mata dimerit

  
Kesan :



  • Para pelajar gembira lakukan aktiviti dengan teratur.
  • Guru dapat kawal kelas dengan baik.
  • Setiap murid akan lebih melibatkan diri dalam kelas.
  • Pemahaman murid meningkat.
  • Murid menjadi aktif dalam pembelajaran.


Contoh tingkah laku yang akan dikenakan dimerit :


Monday 25 February 2013